top of page

Impak Program.

Sejak dari awal semester, kami telah merancang dan melaksanakan idea kami untuk program "Kami Anak Malaysia". Program ini bukan sahaja membawa pelajar-pelajar dari jurusan yang berbeza, tetapi ia juga memberi banyak pengajaran dan pengalaman kepada kami. Kami dapat bekerjasama sebagai rakan sepasukan yang baik walaupun berhadapan dengan lebih cabaran terutama sewaktu MCO. Kami belajar untuk menyelesaikan tugasan dalam jadual yang ketat dan memastikan peranan masing-masing dikongsi dengan adil antara satu sama lain agar projek ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Projek ini juga telah memberikan kami peluang untuk meningkatkan kemahiran pengurusan diri, organisasi dan masa untuk disiapkan sebelum tarikh akhir bagi setiap aspek program ini seperti Kertas Cadangan dan sebagainya. Walaupun kami tidak dapat bertemu secara langsung untuk perjumpaan dan perbincangan, kami masih dapat membahagikan dan berkongsi tugasan serta saling membantu antara semua ahli kumpulan. Ini bukan sahaja dapat mengukuhkan hubungan persahabatan yang terjalin dalam waktu singkat, tetapi juga ia dapat meningkatkan rasa tanggungjawab setiap ahli kumpulan dalam melaksanakan tugasan kami dan menyumbang kepada kejayaan program ini.​

​

​

Kognitif

Melalui kursus Hubungan Etnik ini, perkara yang kami dapat pelajari ialah latar belakang hubungan etnik di Malaysia. Bukan itu sahaja, kita juga dapat mengetahui budaya dan adat resam pelbagai etnik. Melalui kursus ini, kita dapat mengetahui bahawa Hubungan Etnik menekankan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan tidak ada perbezaan antara kumpulan etnik. Kita dapat mencapai perpaduan jika kita saling memahami dan bertoleransi antara satu sama lain. Seterusnya, pergaulan antara ahli kumpulan yang berlainan etnik semakin erat kerana kumpulan kami terdiri daripada pelbagai kaum.

​

Psikomotor

Sepanjang program ini kami telah belajar pelbagai kemahiran yang boleh dibawa kepada hidup pekerjaan kami. Salah satunya ialah kemahiran social. Kami percaya bahawa kemahiran social amat penting supaya tidak akan berlaku pertelingkahan antara sesama sendiri kerana jika adanya masalah dalam kumpulan, ianya akan melambatkan usaha untuk menyelesaikan sesuatu project. Selain daripada itu, kami juga telah belajar cara memimpin sesuatu kumpulan kerana kumpulan Wawasan 2020 terdiri daripada 5 jabatan yang mempunyai ketua untuk setiap jabatan. Selepas sesuatu projek telah dilengkapkan, setiap ketua dapat mempelajari cara apa yang mampu menjadikan kumpulan mereka cekap dan cara apa yang tidak membawa faedah kepada mereka. Kami juga bersyukur kerana melalui MPU ini kami telah berjaya belajar tentnag cara membuat laman-web kerana pada kita boleh menggunakan kemahiran ini untuk kegunaan lain pada masa hadapan.

​

Afektif

Kami merasakan bahawa program ini telah memberikan manfaat yang baik kepada semua pelajar. Kerjasama dan kejituan semua ahli pasukan menunjukkan hubungan etnik dalam Malaysia amatlah penting dalam menjayakakn sesuatu program itu. Ini membuktikan bahawa negara Malaysia mempunyai potensi yang amat luas jika semua rakyatnya berinteraksi dan berkerjesama antara satu sama lain. Kami berbangga kerana dapat diberi peluang untuk mendalami ilmu kesepaduan antara sesuatu masyarakat atas dasar keharmonian manusia. Kami bergembira kerana telah dapat menghasilkan alat bantuan mengajar ini. Harapan kami ialah, untuk memberikan modul alat bantuan mengajar yang telah dihasilkan kepada murid-murid Tabika Perpaduan Sri Andalas, Klang. Kini, semangat patriotik jelas diterapkan dalam diri setiap pelajar dengan berteraskan lima prinsip rukun negara dan kami amatlah bersyukur atas negara Malaysia yang dinamik ini.

Hubungi Wawasan 2020

Melalui :

  • YouTube
  • Facebook

© 2020 by Wawasan. Proudly created with Wix.com

bottom of page