top of page

Refleksi Pelajar.

Projek Hubungan Etnik yang diberikan oleh En.Serit kepada kumpulan saya yang digelar Wawasan 2020 amat berguna untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai Rukun Negara Malaysia. Selain daripada itu, projek ini telah membantu mengembangkan sifat kepimpinan saya dan pada masa yang sama menunjukkan Kawasan yang saya harus menambah-baikan seperti cara berkomunikasi melalui pelantar Whatsapp atau pelantar yang lain.

​

Kami juga telah mendapat ilmu asas dalam cara membuat sesuatu produk kerana kami telah membuat penyelidikan tentang pengguna produk kami dan mereka produk yang sesuai dengan kemahiran pengguna produk kami. Akhir sekali, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Serit guru Hubungan Etnik, Pn. Nurul Azwa guru Tabika Sri Andalas dan juga kepada setiap ahli Wawasan 2020 untuk memastikan kejayaan projek ini.

20191206_102153w.jpg

Reven

Nath.

scroll

WhatsApp%20Image%202020-07-04%20at%202.2

Raimie

Dari refleksi saya, saya amat bersyukur kerana telah mendapat ahli-ahli kumpulan yang bertanggungjawab dan saling membantu antara satu sama lain untuk menjayakan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, saya juga merasa bertuah kerana mendapat pensyarah yang sangat baik dan telah banyak membantu serta memberikan semangat dorongan dan panduan dalam menjalankan tugas ini.

​

Melalui projek ini, saya telah memperolehi pelbagai manfaat dan di antaranya adalah, saya telah mempelajari bahawa untuk memastikan projek berjalan dengan lancar komunikasi dan kerjasama antara ahli kumpulan adalah sangat penting. Seterusnya, apabila menjalankan sebuah projek, perancangan awal dan pengagihan tugas adalah sangat penting untuk menghasilkan kerja yang memuaskan. Akhir sekali, menjalani projek ini saya sedar bahawa pentingnya untuk kita mengamalkan lima prinsip rukun negara untuk kesedaran moral dan sivik dalam diri sendiri.

scroll

Hai semua, nama saya Gan Yee Xien, saya berumur 20 tahun dan kini sedang belajar dalam program Bachelor of Business (Honours) International Business and Marketing di Taylor’s University.Selepas membuat tugasan tentang hubungan etnik ini, saya telah banyak mengenali hubungan etnik dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di negara kita dan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam sejarah hubungan etnik di negara kita. Saya juga dapat belajar untuk menghargai semua prinsip-prinsip perlembagaan yang mana selama ini saya kurang titikberatkan. 

​

Melalui kursus ini, saya boleh memahami perbezaan budaya, adat resam dan Bahasa di negara kita kerana negara kita terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, India, Cina, Iban, Melanau, Kadazan dan sebagainya. Kesimpulannya, saya harap sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersyukur dan berasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai rakyat tanah air, kita patutlah terus memupuk keharmonian dan perpaduan kerana unsur-unsur tersebut amat penting untuk kejayaan negara kita. Kita mestilah menyemai semangat patriotik sayangkan negara dan bersemangat dalam membina perpaduan kaum supaya kesepakatan dan muafakat antara kaum dapat diteruskan.

WhatsApp Image 2020-07-04 at 2.27.19 PM

Gan 

Yee

Xien

scroll

Untuk melaksanakan project ini, pada mulanya, saya berasa amat keliru akan cara yang akan digunakan untuk menyiapkan project ini secara berkumpulan. Hal ini kerana, bilangan ahli kumpulan untuk project ini amatlah besar berbanding dengan tugasan kumpulan untuk module yang lain. Namun demikian, ketua kumpulan kami iaitu ‘REVEN’ telahpun membuka group whatsapp dengan ahli kumpulan kami. Dengan membuat demikian, kami telah mengasingkan tugasan antara satu sama lain.

​

Cara ini telah menyenangi process untuk menyiapkan project ini dengan efektif. Walaupun terdapat beberapa cabaran untuk saya iaitu, menguruskan masa dengan project yang lain, dan pembalajaran saya untuk ujian akhir semester. Saya sangat bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang menguruskan masa dengan baik dan berkerjasama untuk melaksanakan tugasan pasa masa yang telah ditetapkan. Akhir sekali, saya secara peribadi telah mempelajari tentang kepentingan mengetahui rukun negara dari kecil lagi dan menghormati etnik ahli kumpulan saya.

WhatsApp Image 2020-07-04 at 2.36.41 PM.

Adriel

scroll

Setelah melaksanakan program ini, saya berasa sangat gembira kerana usuha kami sepanjang 12 minggu telah membuahkan hasil. Program ini adalah sangat luar biasa kerana semua ahli kumpulan hanya melakukan perbincangan di atas talian. Walaupun dengan kekangan itu, program ini dapat dijalankan dengan jayanya hasil daripada semangat jitu ketua kumpulan kami dan juga dorongan yang diberikan oleh pensyarah kursus Hubungan Etnik.

​

Saya berbangga kerana dapat terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini yang bertujuan membantu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar- pelajar tadika. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Sekian.

WhatsApp Image 2020-07-04 at 2.27.20 PM

Shafiq

scroll

Melalui kelas Hubungan Etnik, saya dapat mengambil bahagian dalam projek kumpulan yang membincangkan topik Rukun Negara. Kami dapat menerapkan kandungan yang kami pelajari melalui kuliah dan kelas ke dalam projek kami. Walaupun pada saat-saat terakhir, kami berjaya membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada lapan orang, masing-masing  terdiri daripada jurusan yang berlainan dengan nama Wawasan 2020.

​

 

Walaupun jadual kami bertentangan

kami dapat mengusahakan kelas biasa kami untuk membincangkan dan memberikan peranan kepada setiap ahli individu. Saya cukup bangga dengan bagaimana kami bekerja sebagai satu pasukan, saling membantu apabila salah seorang daripada kami tidak dapat memenuhi tugasan mereka kerana kelas lain. Ini semua mengenai kerja berpasukan yang membawa kita ke kejayaan.

WhatsApp Image 2020-07-04 at 2.33.03 PM.

Aisyah

Sara

scroll

Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan Hubungan Etnik ini, saya telah banyak mempelajari dan menimba pengalaman baru sama ada cara langsung atau tidak. Walaupun projek ini hanya dapat dilaksanakan di atas talian mengunakan aplikasi seperti "Zoom" dan lain-lain lagi, saya berasa amatlah bersyukur kami semua dapat menyiapkan sebelum hari pelaksanaan projek. Saya amatlah mengagumi sifat positif dan kerjasama ahli-ahli kumpulan saya dalam menempuh segala cabaran dan halangan dalam tempoh menyiapkan projek ini

​

Oleh kerana terlalu sibuk mengulangkaji pelajaran untuk ujian akhir semester 2, saya menghadapi masalah dalam menguruskan masa dengan betul. Tugasan ini mnyedarkan saya betapa pentingnya untuk kita memupuk semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi dengan mengenalkan mereka dengan rukun-rukun negara. Ini dapat membantu mereka untuk belajar menghormati satu sama lain dan mengekalkan kesopanan demi menjaga hubungan baik masyarakat pelbagai kaum dan bangsa di negara ini.

WhatsApp Image 2020-07-04 at 2.27.19 PM.

Aisyah 

Faizal

scroll

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Serit Anak Banyan kerana memberi peluang kepada kami untuk menyalami diri kami dalam projek berkumpulan yang bertemakan “Kami Anak Malaysia”. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Tabika Perpaduan kerana sanggup memberi kerjasama dengan kumpulan kami untuk menggunakan produk kami. Sepanjang program ini, saya telah mempelajari dan memperolehi pelbagai informasi serta pengalaman baru tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh generasi muda zaman sekarang. 

​

Oleh yang demikian, kami sekumpulan telah sebulat suara dengan bantuan daripada pensyarah kami, untuk menghasilkan produk kami yang menumpukan pendedahan kepada rukun negara bagi menyemai nilai cintakan negara dalam kalangan generasi muda. Selain itu juga, melalui program ini saya dapat mengukuhkan lagi permuafakatan sesama ahli kumpulan yang berbilang kaum justeru memupuk semangat kerjasama dan kesepakatan sesama kaum.

WhatsApp Image 2020-07-04 at 2.27.19 PM

Shauqi

scroll

Hubungi Wawasan 2020

Melalui :

  • YouTube
  • Facebook

© 2020 by Wawasan. Proudly created with Wix.com

bottom of page