top of page

Pengisian Program.

Butiran lengkap produk yang telah dijalankan termasuklah ciri-ciri, cara penghasilan produk, faedah kepada pelajar tadika dan cara menggunakannya. Ia hendaklah disertakan sekali dengan gambar/video yang diambil semasa produk/alat bantu mengajar dihasilkan

Ciri - Ciri

Produk ini dibuat dalam format PDF supaya lebih mudah untuk dihantar dan dikongsi antara guru-guru sekolah. Disebabkan produk ini dibuat dalam format PDF ianya boleh diguna pakai lebih dari sekali, bermakna produk ini boleh digunakan untuk beberapa generasi murid tabika yang akan datang. Selain daripada itu, produk ini telah dibuat pada aras pembelajaran kanak-kanak tabika, maknanya produk ini tidak akan menggunakan cara-cara yang kompleks malah setiap latihan didalam produk ini adalah dibuat berasaskan soalan-soalan yang selalu dibuat oleh kanak-kanak tadika.

 

Produk ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak tabika Sri Andalas untuk mewarna setiap imej yang dikaitkan dengan Rukun Negara supaya mereka mempunyai imej minda untuk setiap ayat di dalam Rukun Negara. Jika mereka mempunyai imej minda ini, akan menjadi lebih senang untuk menghafal seluruh Rukun Negara tersebut. Produk ini juga amat efektif kerana setiap latihan yang diberi setiap muka-surat adalah dalam tujuan untuk melihat rukun negara dari pelbagai arah yang berbeza, maka secara tidak langsung akan mengajar kanak-kanak tabika ini cara untuk menghafal sesuatu. Jika mereka berjaya menghafal Rukun Negara selepas membuat Latihan di dalam produk ini, mereka akan mempunyai keyakinan untuk menghafal material yang lain.

Faedah Kepada Pelajar Tadika

Alat bantu mengajar yang telah kami hasilkan menekankan pengenalan kepada rukun negara bagi kanak-kanak di tadika supaya mereka dapat menghayati nilai-nilai perpaduan di samping menghargai jasa dan pengorbanan nenek moyang kita kepada negara.

 

Tambahan pula, kepentingan memupuk semangat perpaduan dan memahami matlamat utama Rukun Negara dalam kumpulan generasi muda amatlah penting jika kita ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman. Sebagai contoh, prinsip kelima dalam Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan menekankan personaliti dan tingkah laku yang baik seseorang. Seterusnya, sifat individu yang bersopan-santun dan bersusila amat penting dalam mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Cara Menggunakan

Guru-guru akan menyediakan pensel-pensel warna dan krayon pelbagai warna untuk menjadikan aktiviti-aktiviti ini lebih seronok.

Aktiviti 1

Murid-murid perlu mewarnakan rukun negara menggunakan pensel warna atau krayon yang telah disediakan oleh guru.

pic1.jpg
pic2.jpg

aktiviti 2

Murid-murid perlu menulis

prinsip-prinsip rukun negara berpandukan titik-titik yang telah disediakan di dalam kertas kerja.

AKTIVITI 3

Murid-murid perlu memadankan gambar-gambar rukun negara dengan perkataan yang bersesuaian menggunakan pensel dan pembaris.

PIC3.jpg

Cara Produk Direka. 

Hubungi Wawasan 2020

Melalui :

  • YouTube
  • Facebook

© 2020 by Wawasan. Proudly created with Wix.com

bottom of page